Mac 12, 2010 / Labels: Seniman Tanah Air
Majlis Memperingati P.Ramlee 22 Mac Di PWTC
SATU atur cara memperingati kelahiran seniman agung Tan Sri P. Ramlee ke 81 tahun akan berlangsung pada Isnin, 22 Mac pukul 2 petang di ruang legar, lobi PWTC, Kuala Lumpur.
Acara itu akan dimulakan dengan bacaan doa dan Fatehah untuk P. Ramlee, diikuti dengan ucapan alu-aluan Datuk Dr. Aziz Sattar selaku pengerusi MZA Terbit Enterprise.
Tetamu istimewa Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, dijangka akan menyempurnakan majlis petang itu.
/ Labels: Nabil Mentor
Nabil dan Irma di tangkap khalwat !!!?
Terkejut juga Zoom bila baca tajuk di akhbar online sebentar tadi, dalam kepala Zoom betul ke Juara Raja Lawak ini ditangkap khalwat!?
Baca je la cerita gossip khalwat ni di bawah:-
Menurut laporan sebuah akhbar, Nabil dan Irma menafikan mereka berkhalwat selepas didakwa sering dilihat bersama di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Ketika dihubungi mStar Online, Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd Rani turut mengakui tiada rekod khalwat membabitkan pasangan itu.
“Selepas saya memeriksa di Hotline, tiada rekod yang mengatakan kedua-dua pelakon itu telah ditangkap khalwat.
"Saya sendiri terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.
Pasangan yang bercinta sejak akhir 2008 itu turut menegaskan mereka tidak pernah duduk berdua-duaan di dalam rumah.
Apabila Nabil datang ke apartmen Irma, dia hanya berada di luar rumah kerana menghantar makanan atau membawa keluar teman wanitanya itu. Nabil berkata walaupun begitu, dia masih mengetahui batas-batas agama
Zoom: Tue lah Nabil, awak tu satu Malaysia dah kenal..nak pergi rumah kekasih pun bawa la kawan...Jangan pergi sorang-sorang kan dan ada isu khalwat..
Apa kata anda di Zoomartis !!
/ Labels: Atilia
Atilia Berkekasih ‘A’ Sejak Setahun Lalu
“Saya sudah lama mengenali A iaitu 12 tahun lalu kerana kami sama-sama meminati bidang muzik. Pada mulanya kami hanya berkawan tetapi pada tahun lalu baru hubungan kami serius,” katanya.
“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini atau tahun depan,” ujarnya mengenai buah hatinya yang merupakan pemilik sebuah syarikat produksi.
/ Labels: Ammar, Artis Malaysia, Gambar Artis, gossip, Puteri Sarah Liyana
Ammar akhirnya minta maaf kerana komen Facebook
Akhirnya anak muda ini akur dengan kesilapan yang beliau tidak sengajakan, mungkin kerana perasaan marah dan tidak sedar kata-kata yang di taip di Facebook membuatkan ramai wartawan di luar sana yang membenci beliau.
Pihak Seniman menghantar jemputan kepada "Media" mengenai majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra KL esok jam 3 petang.Antara yang datang wartawan Majalan HAi Wahidah Othman dan Jurugambar Rashid Asri Mahfof.
Apa-apa pun kita tunggu cerita terbaru esok..
Apa kata anda di Zoomartis?
/ Labels: Akademi Fantasia, Akim, Gambar Artis, mila
Mila dan Akim jadi suami isteri
Rupa-rupanya tajuk di atas hanya sebagai gimik si pengarang di dalam akhbar online tersebut, Mila dan Akim sebenarnya hanya berkahwin di dalam cerita "Khan Kluay"
Ini cerita Thailand yang diadaptasikan dalam Bahasa Malaysia,kalau nak tau tontonlah Filem ini dipawagam nanti,lepas tu "Share"lah dengan pembaca di Zoomartis.
/ Labels: Artis Malaysia, Gambar Artis, MyStarz LG, Tom Mystarz
Tom MyStar LG 3 mengaku Janda Muda !!!?
Kalau sebelum ini hanya kawan-kawan dan keluarga yang mengenali beliau tetapi kini satu Malaysia sudah mengenalinya,terutama sekali bakat yang ada pada beliau sehingga menjadi juara MyStar LG musim yang ketiga.
Kalau sebelum ini gossip mengenai status sebagai seorang isteri yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan beliau, dan kini yang terbaru kisah penceraian beliau dengan bakal bekas suami.
Status selepas ini pastinya akan berubah tetapi itulah hakikat yang perlu beliau pikul sebagai anak seni di Malaysia.
Tom mengaku kini proses penceraian di mahkamah masih berjalan, dan penceraian beliau dengan suami bukan kerana MyStar Lg tetapi persefahaman sudah tidak ada lagi sebelum masuk ke MyStar Lg.Tetapi Tom menyatakan kemuncak penceraian dengan suami ketika terpilih sebagai peserta MyStar LG.
Apa pun sama-sama kita doakan semoga perkahwinan Tom dan suami dapat diselamatkan, apatah lagi mereka sudah mempunyai cahaya mata..
Apa kata anda di Zoomartis !!?
Mac 11, 2010 / Labels: Hollywood Celebrity, Michael Jackson
Kubur Michael Jackson tidak lagi dipedulikan !!
Sebulan lalu, keluarga Jackson menempatkan pengawal pribadi mereka untuk memperhatikan tanah perkuburan tersebut yang terdapat di Forest Lawn. Mereka mengatur giliran menjaga perkuburan Michael selama 12 jam sehari.
Namun sayangnya, Forest Lawn Memorial Park memutuskan untuk menghentikan langkah keluarga Jackson tersebut. Makam itu kini tidak terjaga lagi secara eksklusif. Tubuh Michael kini terbaring di bahagian Holly Terrace di Great Mausoleum.
Tempat itu hanya boleh dikunjungi seramai 12 hingga 15 orang sahaja. Sementara orang lain yang ingin berdoa dan memberikan penghormatan kepada lagenda ini tidak boleh melepasi kawasan penguburan di pejabat utama Glendale.
Michael Jackson meninggal secara mendadak pada pertengahan 2009 lalu. Dia dilaporkan mengalami kegagalan jantung berfungsi dan keracunan ubat-ubatan. Kematian penyanyi ini telah diberitakan sebagai kes pembunuhan, dan doktor peribadinya, Conrad Murray, diputuskan bersalah dan bakal menjalani hukumannya.
/ Labels: Artis Malaysia, Zee Avi
Tiket Konsert Zee habis di jual !!
Dilahirkan dengan nama Izyan Alirahman, 24, atau lebih dikenali Zee Avi kini sudah boleh berbangga kerana berjaya menakluk beberapa negara Eropah selepas memperkenalkan muzik soul dan Jazz yang dibawanya.
Terbaru, Zee Avi kini sedang sibuk dengan aktiviti jelajah Australia selepas mengadakan persembahannya di California dengan memperkenalkan lagu-lagu nyanyiannya.
Tiada siapa menjangka, tuahnya selepas dilamar syarikat rakaman dari Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu membuatkannya kini sebaris dengan artis Hollywood lain.
Selepas berjaya membina kerjayanya di sana, Zee Avi buat pertama kalinya akan mengadakan konsert di negara kelahirannya ini.
Konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Live @ Life Centre pada 20 Mac ini akan bermula pada pukul 8 malam yang bakal dihadiri 3000 peminatnya.
Mana tak habis..tiket yang dijual tidak terlalu mahal yang hanya bermula daripada RM55, RM105 dan 205 sahaja.
Zoom mewakili Zoomartis mengucapkan Tahniah kepada anak kelahiran sarawak ini..
/ Labels: Artis Malaysia, Filem, Sacha
Scha dibelasah gengster
“Ini filem aksi pertama Scha yang penuh emosi,” ujarnya secara ringkas apabila ditanya mengenai filem terbaru lakonannya.
Bagi Scha, wataknya cukup mencabar dan benar-benar berbeza jika dibandingkan dengan watak-watak lain yang pernah dibawanya.
“Cabaran dalam filem ini apabila Scha kena belajar ‘drift’ dan buat aksi-aksi sendiri.”
Scha turut berbesar hati dapat berlakon di bawah arahan pengarah muda, Syamsul Yusof.
“Syamsul seorang pengarah muda yang berbakat. Dia memang bagus. Bagi Scha, dia macam orang yang dah lama mengarah.”
/ Labels: Artis Malaysia, Johan
Johan Raja Lawak belum bersedia tunjuk anak
Sama seperti artis-artis yang sebelumnya, mereka inginkan "Privacy" anak masing-masing.Johan turut tersenarai dalam kelompok anak artis yang masih ditunggu-tunggu oleh peminatnya."Ramai sangat beritahu yang mereka teringin sangat nak tengok wajah bayi lelaki comel Johan Raja Lawak. Johan masih belum bersedia untuk tunjukkan babynya yang cukup bersemangat itu. Bukannya apa, dia cakap babynya masih kecil lagi.
Jadi, time macam ni, memang tak elok sangatlah untuk didedahkan kepada umum. Nanti bila dah besar-besar sikit, barulah okey.
Bayi yang dilahirkan seberat 4.43 kilogram itu adalah zuriat pertama yang menjadi penyambung kasih di antara hubungan cinta Johan dengan Ozlynnwati.
/ Labels: Hollywood Celebrity
Zoe Saldana Boleh Hidup Tanpa Seks !!
"Love it, love it, love it," jelas Zoe dengan lantang ketika ditanya soal seks dalam kehidupannya. "Saya tidak boleh hidup tanpa seks. Saya suka seks," katanya.
"Pada saya masyarakat Amerika telah menghentikan anak-anak kita dengan menghalang pendidikan dan kesedaran pada seks dan menggantikannya dengan kekerasan, senjata api dan video games. ini bererti kita sedang membina generasi muda bermasalah," jelas Zoe Saldana.
Zoom: Boleh tahan juga "Statement" Minah ni...biasa laa mat dan minah salleh open je..!! jangan kat Malaysia dah..Apa kata anda !?
/ Labels: Sheila Majid
Shiela Majid akan buat konsert di Indonesia
Cerita baru dari seberang mengenai Datuk Shiela Majid kita yang baru sahaja selesai membuat konsert Java Jazz di Indonesia baru-baru ini..
Sheila juga mengakui bahawa Indonesia merupakan rumah kedua baginya. Dirinya juga masih terharu dengan sambutan peminatnya yang sangat memberangsangkan ketika persembahan di acara Java Jazz, kemarin.
"Saya memang ingin membuat konsert di Indonesia, kerana saya ingin meraikan 25 tahun selama saya jadi penyanyi. Tapi saya masih menunggu penaja yang datang kepada saya, tetapi saya berjanji akan membuat konsert di sini,"ujar Sheila seperti dipetik dari laman hiburan
Semoga perjuangan sebagai anak seni di seberang dapat diterima seadanya...sebab Zoom ada mendengar banyak cerita buruk dari seberang.Mungkin hanya segelintir je kot.
Apa kata anda ?
Mac 10, 2010 / Labels: Anak Artis, Gambar, Ziana Zain
Gambar anak kembar Ziana Zain !!!!
Bukan sengaja mahu menyorok anak, tapi anaknya lahir tdak cukup bulan dan tidak sesuai untuk ditampilkan. Anak-anaknya Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh lahir pada 24 Julai lalu.
/ Labels: Celebrity News, Dr Rozmey, Filem, Films
Filem 2 Alam terbaik selepas 40 tahun !!?
Pelik tapi benar, itu la kata-kata dari pengasas yang terkenal dengan produk Dietnya, dan sekarang ingin mencuba pula industri hiburan di Malaysia dengan melahirkan Filem 2 alam yang akan ditayangkan.Ikut luahan Dr Rozmey mengenai Filem terbarunya.
“Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,” kata Dr Rozmey penuh yakin.
Siri jelajah dalam bentuk roadshow bagi promosi besar-besar bagi filem 2 Alam sedang dirancang dengan terperinci. Tujuan ialah untuk mendekati masyarakat agar memberi sokongan kepada filem ini.
Antaranya ialah, Dr Rozmey akan terlibat menjayakan Konsert Mega Ramli Sarip di Johor Bahru pada bulan Mei ini. Kebetulan pula, konsert berkenaan turut menyelitkan lagu tema daripada filem 2 Alam.
Filem 2 Alam yang bakal ditayangkan pada 8 Mei ini akan memaparkan kisah 7 dosa yang telah dilakukan oleh Amy, lakonan Suhaillah Salam.
Kata Dr Rozmey lagi, 2 Alam turut menerapkan kisah mengenai wanita yang bergelar ibu. Kasih sayang seorang ibu dikatakan sungguh bernilai sekali. "Wanita bagi doktor sungguh istimewa. Kalau tak ada wanita, mana mungkin lahirnya doktor.
"Filem ini mengajak penonton untuk mengambil iktibar dan pengajaran yang dipaparkan iaitu nilai murni seorang ibu yang memelihara anak sejak dari kandungan untuk menjadi anak yang berguna," kata penerbit yang berhemah ini. Filem 2 Alam menampilkan Rosnah Johari yang melakonkan watak ibu kepada Amy yang dikatakan terkilan dengan perbuatan anaknya sehingga menghadapi kesukaran untuk meninggal dunia. Filem 2 Alam akan mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei.
/ Labels: Artis Malaysia, perkahwinan, Umie Aida
Tarikh Pernikahan 14 Mac Sempena Hari Lahir Erma Fatimah
Beliau yang bernikah dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan memberitahu majlis tersebut akan berlangsung di masjidil Haram dengan dihariri oleh 20 orang saudara dan rakan terdekat.
Rombongan beliau akan berlepas ke Mekah pada 11 Mac..Semoga hari bahagia akan indah sehingga selama-lamanya..
Apa kata anda ?
/ Labels: Akademi Fantasia, Akademi Fantasia 8
Gambar peserta Akademi Fantasia 8
KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang terdiri dari enam perempuan dan enam lelaki telah diumumkan sebagai pelajar Program realiti TV popular Akademi Fantasia bagi musim kelapan (AF8) sebentar tadi.
Ujibakat yang dijalankan pada Januari lalu telah memilih enam orang pelajar dari Malaysia Timur iaitu empat pelajar perempuan daripada negeri Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir, 23, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19, Erma Suhaimi, 21 dan Siti Adira Suhaimi, 19, manakala Zafarina Jamhari, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El, 22 berasal dari Sarawak.
Selain itu enam orang pelajar yang terpilih dari Semenanjung ialah Nadia Emilia Roselan, 21, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, Muhammad Alif Kadim, 18, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, Emirza Awan Zulazrin Chew, 20 dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22.
Ermm...Mari kita tengok siapa yang menang.....
Zoom: Apa kata anda
/ Labels: Artis Malaysia, Cerita Artis, Ziana Zain
Ziana Menangis Cerita Pengalaman Bersalin Anak Kembar
Sedihnya Zoom baca cerita akak Ziana Zain kita ini bercerita mengenai saat genting melahirkan anak kembarnya, dan jawapan mengenai kisah dan gossip menyorok anak kembarnya.
"Tidak pernah terniat hendak sorokkan anak-anak kembar saya," jelas Ziana membuka bicara tentang kisah di sebalik cerita dia ingin menyorokkan anak-anaknya dari pihak media.
Jelas Ziana, dia mempunyai sebab kenapa dia ingin menyendiri sewaktu melalui fasa yang sukar itu.
"Selepas bersalin saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang teruk.
“Sebenarnya saya mengalami masalah tekanan darah tinggi itu seminggu sebelum melahirkan anak sehingga bacaan darah tingginya mencecah 200 di sebelah atas.
"Selepas bersalin, doktor juga menasihatkan supaya saya berehat sekurang-kurangnya enam bulan," ujar Ziana, 42.
Semasa berkongsi cerita mengenai pengalaman 'nyawa di hujung tanduk' ketika bersalin anak kembar, Ziana tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata.
"Saya bersyukur sangat... Allah telah panjangkan umur saya. Sepanjang proses bersalin, saya masih sedar. Tapi selepas sahaja kedua-dua bayi saya keluar, saya sudah tidak tahu apa yang terjadi.
"Saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi selama lima hari. Sepanjang berada di wad itu, saya telah dimasukkan 10 paket darah.
"Menurut doktor, saya telah mengalami tumpah darah yang begitu banyak hingga berada di dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang tipis untuk hidup," katanya ketika majlis memperkenalkan Duta SlimWorld 2010.
Zoom: huh dasyat nya jika melahirkan anak kembar...ingatlah wahai anak-anak adam bahawa sebegini jugalah ibu anda melahirkan anda semua...Apa kata anda ?
/ Labels: Gambar Artis, Kekasih Artis, Pelakon Malaysia, Pertunangan Artis, Zizan
Zizan Nin Akhirnya Ditunangkan Dengan Fazilah Hani
/ Labels: fahrin Ahmad
Peminat Desak Fahrin Cepat Kahwin
/ Labels: Kecik Raja Lawak
Kemenangan Kumpulan Kecik Tidak Disangka
/ Labels: Artis Malaysia, Mas Idayu, Mentor
(Cerita Artis) Mas Idayu Belum Temu Bakat Seperti Black
Bukan itu sahaja, dia juga sekali lagi terpilih sebagai barisan baru program realiti tv Mentor untuk musim ke-4 bersama-sama Ziana Zain, Mus May, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow dan Azmeer. Walaubagaimanapun, kejayaan Black telah menjadi penanda aras kepada mentornya ini untuk mencari protoge yang benar-benar sesuai dan mempunyai kelebihan tersendiri.
Menurutnya, dia tidak memilih protoge dari segi rupa paras, nyanyian atau jantina tetapi kredibiliti. Ketika ditanya tentang sifatnya yang garang membuatkan calon-calon gugup apabila berhadapan dengannya, Mas Idayu berkata dia akan memberi masa kepada calon agar menenangkan diri terlebih dahulu sebelum menyanyi.
Mac 07, 2010 / Labels: Umie Aida
(Gossip) Umie Aida kena saman kerana pandu kereta Porsche
/ Labels: Abby Fana, Artis Malaysia
(Cerita Artis) Abby Fana Selami Lelaki Yang Ditinggal Isteri
Selalu kita dengar si suami tinggalkan isteri, tetapi program yang dikendalikan oleh Abby Fana ini berlainan pula, ini kerana beliau sebagai pengacara akan cuba menyelami perasaan hati lelaki yang ditinggalkan isteri.
"TV3 berharap inisiatif program ini menerima sambutan yang baik dari para penonton khususnya golongan wanita dan golongan lelaki amnya HATI LELAKI adalah lebih peribadi yang membabitkan masalah dalam diri lelaki serta mampu menyentuh hati nurani penonton,” jelasnya.
Selama 13 episod bersiaran, Abby Fana akan membincangkan topik bersama tetamu undangannya di studio yang berinspirasi “lelaki” untuk mewujudkan suasana yang santai dan lebih tenang. Program tersebut turut menggunakan kamera tersembunyi bagi memudahkan tetamu untuk meluahkan rasa hatinya kepada pengacara tanpa kehadiran pihak ketiga.
Pelbagai topik akan diutarakan dalam Hati Lelaki antaranya menyelami perasaan lelaki yang ditinggalkan isteri, lelaki yang terperangkap dengan jiwanya sendiri, suami yang berhadapan dengan isteri yang main kayu tiga, dan macam-macam masalah lagi.
Saksikan program Hati Lelaki, setiap hari Rabu jam 11.00pagi bersama Abby Fana, di TV3
/ Labels: Artis Malaysia, Ella, gadis Melayu, Gambar Artis
/ Labels: Celebrity News, Gambar Artis, Hollywood Celebrity, Lady Gaga
(HOllywood) Lady Gaga rela mati jika berpakaian biasa



































